Langkau ke kandungan utama

Tulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua 😊.

Pada hari ini, saya ingin menjelaskan tentang tulisan bagi Bahasa Izyadi.

Seperti yang semua sedia maklum, tulisan merupakan satu sistem yang amat penting dalam sesebuah bahasa. Ia merupakan kaedah yang menjadi pengantara bagi sebutan dalam bahasa itu dan bahasa ini atau sebutan dan isyarat.

Contohnya, tulisan boleh menjadi kaedah berkomunikasi di antara orang normal dan orang pekak. Sekiranya salah satunya tidak faham, seperti si normal tidak memahami bahasa isyarat yang diucapkan oleh si pekak, si normal boleh bertanya kembali menggunakan bahasa tulisan. Seperti dengan menulis, "Apa yang awak cakap?" Lalu, mereka juga boleh memahami apa yang kita cakap.

Di sini, saya bukanlah nak cerita tentang komunikasi di antara orang normal yang tidak faham bahasa isyarat dan juga orang pekak, tapi, saya nak ceritakan tentang tulisan.

Macam yang semua tahu, setiap (atau kebanyakan) bahasa mempunyai sistem tulisan yang tersendiri, sama ada dengan meminjam tulisan dari bahasa lain mahupun mencipta tulisan khas untuk bahasa tersebut. Ada sesetengah bahasa yang mempunyai tulisan sendiri dan ada sesetengahnya juga yang meminjam tulisan dari bahasa lain. Tidak ketinggalan juga Bahasa Izyadi, yang mana ia memiliki 3 sistem/kaedah penulisan, iaitu Ruwiy, Jawi dan Rumi.

Macam yang saya beritahu dalam blog yang lepas, bagi tulisan Jawi dan Rumi dalam penulisan Bahasa Izyadi terdapat nama mereka sendiri, iaitu Izjawi untuk Jawi dan Izrumi untuk Rumi. Pada hari ini, saya tidak mahu menjelaskan tentang Ruwiy, kerana sistem ini masih tidak dapat digunakan di komputer. Ini kerana pada zaman sekarang, kita lebih banyak menaip menggunakan papan kekunci berbanding pen dan pensel.

1. Izjawi


Seperti yang saya beritahu di atas 👆 dan juga di blog sebelumnya, Izjawi merupakan tulisan Jawi bagi Bahasa Izyadi. Kenapa nama dia Izjawi? Kenapa mesti ada 'Iz' di hadapan?

a) Kenapa namanya Izjawi?


Tulisan ini dinamakan Izjawi adalah kerana suku kata 'iz' itu adalah datangnya daripada perkataan 'Izyadi'. Manakala nama 'jawi' pula diambil dari nama tulisan Jawi Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Izyadi, 'iz' bermaksud 'aman' manakala 'jawi' pula bermaksud 'jiwa'. Secara ringkasnya, nama 'izjawi' membawa maksud 'jiwa yang aman'.

Selain itu, seperti dalam blog yang lepas, saya telah mengatakan bahawa maksud 'izjawi' adalah 'jiwa seorang penulis', jadi, terjemahan yang paling tepatnya seperti 'jiwa yang aman bagi seorang penulis'.

b) Kenapa mesti ada 'Iz' di hadapan?


'Iz' diletakkan di hadapan perkataan 'jawi' kerana 'iz' itu singkatan bagi Bahasa Izyadi. Seperti yang kita tahu, singkatan bagi bahasa seperti Bahasa Melayu adalah BM dan Bahasa Melayu Jawi pula adalah BM Jawi. Contoh lain nama-nama yang ada awalan 'iz' seperti 'izsamba', iaitu saluran YouTube rasmi Bahasa Izyadi.

Tekan pada perkataan ini untuk melawat saluran tersebut.

Huruf dan nombor


a) Berapakah bilangan huruf dalam Izjawi?


Tulisan Izjawi mempunyai sebanyak 43 huruf. Dahulu, hanya terdapat 42 sahaja, tetapi, kini, telah ada 43 huruf kerana ada pertambahan satu huruf. Nak tahu apa huruf-hurufnya? Jom samba ke senarai huruf-huruf Izjawi 😀.

Huruf-huruf Arab


ا (alif) = contoh: اكوات = akwat.
ب (ba) = contoh: بالايڠ = balayang.
ت (ta) = contoh: تامؿا = tamia.
ث (tha) = contoh: ثلجؿ = salji.
ج (jim) = contoh: جامڥرڠ = jamurang.
ح (ha pedas) = contoh: حاكيم = hakim.
خ (kho) = contoh: خڠ = khang.
د (dal) = contoh: دن = dan.
ذ (zhal) = contoh: ذرية = zuriat.
ر (ro) = contoh: رڠسؿ = rangsi.
ز (zai) = contoh: زڥرا = Zura.
س (sin) = contoh: سنتؿسنؿ = santiseni.
ش (syin) = contoh: شؿرا = syira.
ص (shod) = contoh: صلاة = sholat / solat.
ض (dhod) = contoh: ضانية = dhoniah / daniah.
ط (dto) = contoh: طلاق = dtolak / talak.
ظ (dzo) = contoh: ظهر = Zohor.
ع ('ain) = contoh: عفا = afa.
غ (ghain) = contoh: غؿمه = ghimah.
ف (fa) = contoh: فهم = faham.
ق (qaf) = contoh: قدح = Qedah.
ل (lam) = contoh: لنتڥڠ-لنتڠ = lentung-lentang.
م (mim) = contoh: ملايادا = Melayada.
ن (nun) = contoh: نالؿه = nalih.
و (wau) = contoh: وجڥد \ وجود = wujud.
ه (hafan) = contoh: هافن = hafan.
ة (tamarbudtoh) = contoh: صلةالرحيم = silaturrahim.
لا (lam-alif) = contoh: لامبڠ = lambang.
ء (hamzah) = contoh: ئڥٔنا = iuna.
ي (ya) = contoh: يايا = yaya.
ى (ye) = contoh: اىرت = erat.

Huruf-huruf Jawi Melayu


چ (ca) = contoh: چراڠڥق = ceranguk.
ڠ (nga) = contoh: ڠرڤ = ngerap.
ڤ (pa) = contoh: ڤتڥڤس = petupas.
ک (kaf) = contoh: كاسڥر = kasur.
ݢ (ga) = contoh: ڬارق = garak.
ۏ (va) = contoh: ۏؿارا = viara.
ڽ (nya) = contoh: ڽدر = nyedar.

Huruf-huruf Tambahan Izjawi


څ‌ (uks / aks) = contoh: څ‌ؿلۋفڥن = xilofon.
ژ (zhau) = contoh: ژۋڠون = Zhongwen.
ۋ (wao) = contoh: ۋرڠ = orang.
ڥ (uwa) = contoh: ڥره = urah.
ڀ (élya) = contoh: ڀرت = érat.
ؿ (iayi) = contoh: ؿروڥدا = irwuda.

b) Huruf-huruf Izjawi seperti huruf څ‌ dan ژ kelihatan seperti tiada guna, tetapi kenapa ia dicipta?


Huruf څ‌ dicipta bagi memudahkan penulisan perkataan-perkataan Bahasa Izyadi yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, perkataan "xylophone" masih belum ada perkataan Izyadinya, jadi, kalau nak tulis "xylophone", kita tidak perlu menulisnya sebagai "زيلوفون". Atau mungkin kita boleh mengambil contoh perkataan lain seperti "eksperimen", dengan adanya huruf څ‌ dalam sistem penulisan Izjawi, kita hanya perlu menulisnya sebagai "ڀڅ‌ڤڀرؿمن", tidak perlu lagi menggunakan huruf ا ي ک س lagi untuk membentuk sebutan "eks".

Huruf ژ pula dicipta bagi memudahkan penulisan perkataan-perkataan Bahasa Izyadi yang dipinjam dari Bahasa Cina (atau Zhongwen / ژۋڠون). Nama "Cina" pun sudah memerlukan penggunaan huruf ژ kerana ia dieja (Izrumi) sebagai "zhongwen". Huruf ژ (zhau) memberikan bunyi yang sama tapi tak serupa dengan huruf چ. Kalau awak nak tahu, macam mana cara menyebut "zh", awak boleh cuba untuk belajar Bahasa Cina.

c) Apakah contoh penggunaan huruf seperti چ, ڠ, ڤ, ݢ, ۏ dan ڽ selain yang ditunjukkan dalam contoh di atas 👆?


Di sini, saya hanya memberikan beberapa contoh sahaja, selebihnya awak boleh tengok dekat YouTube 😊.

Contoh lain penggunaan huruf-huruf Jawi Melayu di dalam tulisan Izjawi 👇:

چ: چراتڥق، چاڠۋق، چۋڠڬۋق
ڠ: ڠرد، ڠاتڥر
ڤ: ڤرندالن
ݢ: ڬارڥت، ڬاوؿ
ۏ: ۏارؿ
ڽ: ڽڠݢ

d) Apakah bentuk nombor-nombor yang digunakan dalam penulisan Izjawi?


Izjawi menggunakan sistem pernomboran Arab-Hindi, tidak seperti Jawi yang mana ia secara rasminya menggunakan nombor Arab-Rumi.

Bentuk-bentuk nombor Izjawi boleh dilihat seperti yang tertera di bawah 👇:
١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ ٩ ٠

Dahulu, sistem pernomboran Izjawi boleh menerima nombor Arab-Rumi dan Arab-Hindi secara bercampuran, iaitu ‏٠ ١ ٢ ٣ ٤ 5 6 7 8 9. Tetapi, kini, ia hanya menerima nombor Arab-Hindi sebagai nombor Izjawi.

e) Apakah aturan untuk menulis nombor bagi Izjawi?


Aturan untuk menulis nombor bagi Izjawi adalah berbeza dari nombor Arab-Hindi dan Arab-Rumi bagi penulisan Bahasa Melayu dan lain-lain, yang mana nombor bagi Izjawi ditulis dari kanan ke kiri (RTL).

Sebagai contohnya, nombor dua ribu dua puluh tiga ditulis sebagai ‏٢‏٠‏٢‏٣ bukan ٢٠٢٣ atau 2023.

f) Kenapa nombor Izjawi mesti ditulis dari kanan ke kiri (RTL)?


Nombor bagi sistem tulisan Izjawi perlu ditulis dari kanan ke kiri kerana mengikut perkataan. Seperti ‏٢‏٠‏٢‏٣, ditulis dalam bentuk perkataan sebagai "titupoturi". "Ti" adalah singkatan "tika" yang bermaksud "tiga", "tupo" bermaksud "dua puluh", "turi" bermaksud "dua ribu". Apabila "tiga", "dua puluh" dan "dua ribu" bergabung, maka, ia membawa maksud "dua ribu dua puluh tiga".

Susunan nombor dalam perkataan tidak sama seperti perkataan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sebaliknya, ia lebih kepada susunan NDP (nombor dalam perkataan) Bahasa Arab. Sebagai contoh, dalam Bahasa Arab, perkataan "dua puluh sembilan" ditulis sebagai "تسعة وعشرون" yang sekiranya kedua-dua perkataan itu dipisahkan atau diterjemahkan satu persatu, "تسعة وعشرون" boleh membawa maksud "sembilan dan dua puluh".

g) Adakah hanya Izjawi yang memerlukan sistem nombor kanan ke kiri (RTL)?


Tidak. Sebenarnya, dalam Bahasa Izyadi sememangnya perlu menggunakan nombor yang ditulis secara 'terbalik'. Maksudnya, kaedah penulisan nombor Izjawi ini tidak hanya terpakai untuk Izjawi, malah ia juga boleh digunakan dalam sistem nombor Ruwiy dan Izrumi.

Simbol (tanda baca dll)


Dalam Izjawi, tanda baca yang digunakan adalah seperti tanda baca yang digunakan untuk tulisan Jawi, iaitu:

؟ (tanda tanya) = ?
، (koma) = ,
. (titik) = .
: (tanda titik bertindih) = .
؛ (tanda titik atas koma) = ;
” (tanda petik dua awal) = "
“ (tanda petik dua akhir) = "
’ (tanda petik tunggal awal) = '
‘ (tanda petik tunggal akhir) = '
( (kurung buka) = (
) (kurung tutup) = )
[ (kurung siku buka) = [
] (kurung siku tutup) = ]
﴿ (kurung kurawal buka) = {
﴾ (kurung kurawal tutup) = }
\ (simbol atau) = /
٭ (kata nama khas) = HURUF BESAR UNTUK NAMA

Beberapa simbol hanya terpakai untuk Izjawi (kerana rupa bentuknya) dan beberapa lagi boleh digunapakai untuk semua tulisan.

Simbol Khas Jawi/Arab


Bagi penulisan Jawi dalam Bahasa Izyadi (Izjawi), penggunaan simbol-simbol Arab juga turut terlibat. Sebagai contoh, penggunaan  ّ (sabdu) juga terlibat dalam penulisan Izjawi.

Ayat contoh:
ڬؿ جالن٢ ئنتامن، سؿ ضياء ودّت لاسه.
Gi jalan2 intaman, Si Dhia waddat lasah.

2) Izrumi


Huruf dan nombor


a) Berapakah bilangan huruf yang terdapat di dalam sistem penulisan Izrumi?


Jumlah huruf yang terdapat di dalam sistem penulisan Izrumi ialah 27 huruf. Antaranya ialah:

A a
B b
C c
D d
E e
É é
F f
G g
H h
I i
J j
K k
L l
M m
N n
O o
P p
Q q
R r
S s
T t
U u
V v
W w
X x
Y y
Z z

b) Bagi nama-nama huruf, adakah Izrumi juga seperti Bahasa Indonesia Latin, yang mana ia mempunyai perbezaan dalam nama-nama huruf ABC?


Untuk Izrumi juga terdapat perbezaan bagi nama-nama huruf, seperti:

    Melayu | Indonesia | Izrumi
A | Eh       | Aa          | éh
B | bi        | be           | bi
C | si        | ce           | ci
D | di       | de            | di
E | ii       | eh           | ii
F | ef        | ef            | éf
G | ji        | ge           | ji
H | hesh    | ha           | ha
I | ai         | ii            | ai
J | jay        | jay          | jay
K | kay      | ka          | ki
L | el         | el           | él
M | em      | em          | ém
N | en        | en          | én
O | Oh       | oh          | oh
P  | pi        | pe          | pi
Q | qiu       | kay         | qiu
R | ar        | er           | ar
S | es          | es           | es
T | ti         | te           | ti
U | yu        | -u          | yu
V | vi         | fe           | vi
W | dabelyu | we         | wa
X | eks        | eks        | eks
Y | wai        | yeh        | ya
Z | zed        | zed        | zed

c) Apakah bentuk nombor-nombor Izrumi?


Tulisan Izrumi menggunakan nombor Arab-Rumi. Cuma, bezanya di antara nombor Izrumi dengan nombor Arab-Rumi adalah, nombor Izrumi ditulis dari kanan ke kiri sebaliknya, nombor Arab-Rumi pula ditulis dari kiri ke kanan.

Contoh penggunaan 👇:

2023
Perkataan Bahasa Melayu: dua ribu dua puluh tiga
Angka Arab-Rumi: 2023
Perkataan Bahasa Izyadi: titupoturi
Angka Izrumi: ‏2‏0‏2‏3
Terjemahan pecahan: tiga dua puluh dan dua ribu

d) Adakah nombor Arab-Hindi masih boleh digunapakai untuk tulisan Izrumi?


Sama seperti Izjawi, yang mana nombor Arab-Rumi tidak boleh digunapakai dalam sistem Izjawi. Begitu juga dengan Izrumi, yang mana nombor Arab-Hindi tidak lagi boleh diterima dan ditanda sebagai betul.

3) Papan Kekunci


a) Adakah terdapat papan kekunci khas untuk Bahasa Izyadi?


Setakat ini, masih belum ada lagi sebarang perisian/peranti papan kekunci yang dikhaskan untuk menulis Bahasa Izyadi. Namun, awak semua boleh cuba menyalin huruf-huruf/aksara-aksara di bawah 👇 dan menampalnya di dalam kamus pengguna. Tetapi, awak semua perlu menetapkan 'pintasan' terlebih dahulu sebelum menyimpan.

Huruf |‏ Pintasan
څ‌       | ايكس
ژ         | زاو
ک      | ك
ݢ        | ا
ۋ         | أو
ڥ       | او
ة         | ت
ى        | ص
ڀ        | ريندڠ
ؿ         | اي

b) Memandangkan tiada lagi papan kekunci yang dikhaskan untuk menulis Bahasa Izyadi, jadi, awak (penulis blog) menulis Bahasa Izyadi menggunakan papan kekunci bahasa apa?

Awak semua boleh menggunakan papan kekunci untuk mana-mana bahasa. Tetapi, saya mengesyorkan supaya awak semua menggunakan papan kekunci Bahasa Melayu pada papan kekunci yang sedia ada seperti Gboard untuk menulis Bahasa Izyadi kerana Bahasa Izyadi banyak meminjam perkataan dari Bahasa Melayu. Nanti, bila awak nak menulis, tiadalah auto-correct yang berlaku.

c) Kenapa awak tak nak membahaskan tentang Ruwiy? Sedangkan Ruwiylah yang merupakan tulisan utama pertama Bahasa Izyadi.


Hehe, sebenarnya ia berlaku kerana segala huruf dan aksara Ruwiy masih belum ada lagi di dalam kumpulan aksara ASCII dan Unicode 😅.

d) Selain papan kekunci, hal yang paling penting terutama bagi seorang editor web atau gambar ialah font. Ada tak font yang sesuai untuk tulisan Ruwiy?


Ada. Tetapi, pada masa ini font-nya belum lagi diterbitkan di mana-mana tempat. Kiranya macam masih untuk kegunaan peribadi ajelah 😀.

Penutup


Nampaknya, sampai sini sahaja catatan saya pada hari ini. Kepada yang nak belajar Bahasa Izyadi, boleh tekan pada perkataan ini untuk melanggan saluran rasmi Bahasa Izyadi atau menonton garak terbaru daripada kami di bawah 👇. Kita jumpa lagi pada catatan akan datang. Assalamualaikum 😊.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bahasa Izyadi

Bahasa Izyadi atau بهاس ازيدي ( Izyadi Bhasa atau ازيدي بهاس jika dalam Bahasa Izyadi , atau الأزيدية dalam Bahasa Arab ) merupakan sebuah bahasa buatan . Lagi? Korang nak tahu lagi dengan lebih mendalam tentang Bahasa Izyadi? Kalau korang ini pengkaji atau penggemar bahasa, mestilah nak. Kan? Okey, kalau korang nak tahu, Bahasa Izyadi merupakan bahasa buatan yang sangat baru . Kiranya macam dia masih bayilah. Ia mula dicipta sekitar hujung tahun 2021 dan apa yang menariknya ialah ia boleh ditulis menggunakan 3 kaedah/sistem tulisan utama nya, iaitu Ruwiy (ale, bea, jayim, del), Jawi (ا‌ب‌چ‌) dan Rumi (ABC). Okey, kita 'samba' sebentar kepada tajuk kecil seterusnyA (Ruwiy, Jawi dan Rumi) ya. Tulisan 1. Ruwiy Okey, untuk makluman semua pembaca, Ruwiy ini adalah tulisan utama Izyadi yang pertama di mana ia bermaksud tulisan inilah yang mempunyai jumlah bilangan aksara atau huruf yang lengkap untuk menulis Bahasa Izyadi . Tulisan ini juga mempunyai bilang huruf yang ban