Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Tulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua 😊. Pada hari ini, saya ingin menjelaskan tentang tulisan bagi Bahasa Izyadi . Seperti yang semua sedia maklum, tulisan merupakan satu sistem yang amat penting dalam sesebuah bahasa . Ia merupakan kaedah yang menjadi pengantara bagi sebutan dalam bahasa itu dan bahasa ini atau sebutan dan isyarat. Contohnya, tulisan boleh menjadi kaedah berkomunikasi di antara orang normal dan orang pekak. Sekiranya salah satunya tidak faham, seperti si normal tidak memahami bahasa isyarat yang diucapkan oleh si pekak, si normal boleh bertanya kembali menggunakan bahasa tulisan. Seperti dengan menulis, "Apa yang awak cakap?" Lalu, mereka juga boleh memahami apa yang kita cakap. Di sini, saya bukanlah nak cerita tentang komunikasi di antara orang normal yang tidak faham bahasa isyarat dan juga orang pekak, tapi, saya nak ceritakan tentang tulisan. Macam yang semua tahu, setiap (atau kebanyakan) bahasa mempunyai sistem tulisan yang tersendiri , sama