Langkau ke kandungan utama

Bahasa Izyadi

Bahasa Izyadi atau بهاس ازيدي (Izyadi Bhasa atau ازيدي بهاس jika dalam Bahasa Izyadi, atau الأزيدية dalam Bahasa Arab) merupakan sebuah bahasa buatan. Lagi? Korang nak tahu lagi dengan lebih mendalam tentang Bahasa Izyadi? Kalau korang ini pengkaji atau penggemar bahasa, mestilah nak. Kan?


Okey, kalau korang nak tahu, Bahasa Izyadi merupakan bahasa buatan yang sangat baru. Kiranya macam dia masih bayilah. Ia mula dicipta sekitar hujung tahun 2021 dan apa yang menariknya ialah ia boleh ditulis menggunakan 3 kaedah/sistem tulisan utamanya, iaitu Ruwiy (ale, bea, jayim, del), Jawi (ا‌ب‌چ‌) dan Rumi (ABC). Okey, kita 'samba' sebentar kepada tajuk kecil seterusnyA (Ruwiy, Jawi dan Rumi) ya.


Tulisan


1. Ruwiy


Okey, untuk makluman semua pembaca, Ruwiy ini adalah tulisan utama Izyadi yang pertama di mana ia bermaksud tulisan inilah yang mempunyai jumlah bilangan aksara atau huruf yang lengkap untuk menulis Bahasa Izyadi. Tulisan ini juga mempunyai bilang huruf yang banyak (termasuk simbol), iaitu sebanyak 56 huruf dan simbol khas Ruwiy. Okey, antara kelebihan lain yang ada pada tulisan Ruwiy yang menjadi sebab ia menjadi tulisan utama Izyadi adalah kesemua huruf dan simbolnya adalah sangat sesuai dengan Bahasa Izyadi kerana bahasa tersebut banyak menggunakan huruf-huruf yang tersedia. Akan tetapi, Ruwiy ada satu huruf di mana huruf ini bukan huruf yang dikhaskan untuk Ruwiy, malah huruf ini adalah merupakan huruf pinjaman dari tulisan Jawi. Nak tahu apa? Jom kita samba ke tulisan yang kedua.


2. Jawi


Macam yang kita tahu, tulisan Jawi adalah sesuai digunakan bagi penulisan Bahasa Melayu. Tetapi, sebenarnya, bukan Bahasa Melayu sahaja yang sesuai dengan Tulisan Jawi, tetapi Bahasa Izyadi juga sesuai dengan tulisan ini. Bagi tulisan Jawi Bahasa Izyadi, ia dinamakan sebagai Izjawi yang bermaksud "jiwa seorang penulis". Maksudnya, seseorang yang menggunakan tulisan Jawi dalam penulisan Bahasa Izyadi, ia melambangkan bahawa seseorang itu masih mempunyai jiwa kemelayuan dan kearaban atau kerohanian. Jumlah bilangan huruf bagi Izjawi adalah sebanyak 36 huruf dan 37 jika termasuk ة. Selain itu, Izjawi juga telah meminjamkan satu huruf kepada Ruwiy, iaitu huruf ع.


3. Rumi


Tulisan Rumi bagi penulisan Bahasa Izyadi adalah sebanyak 26 huruf. Tulisan Rumi Bahasa Izyadi dinamakan sebagai Izrumi. Nama-nama seperti Izjawi dan Izrumi diperlukan kerana pencipta bahasa tersebut sedang merancang untuk mencipta beberapa huruf lagi. Setakat ini, masih belum ada huruf Rumi yang dipinjamkan kepada mana-mana aksara Jawi dan Ruwiy.


Senarai huruf? Insya-Allah. Ada rezeki dan masa, saya kongsikan ya.


Pembentukan Bahasa Izyadi


Okey, sekarang kita samba ke dalam lautan ilmu untuk mencari tahu tentang bahasa yang menjadi asas Bahasa Izyadi. Sebenarnya, Bahasa Izyadi dibentuk dengan 2 akar bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Arab, lalu diikuti dengan Bahasa Inggeris sebagai 'dahan', Cina dan Sanskrit sebagai 'batang pokok', beberapa loghat negeri dalam Malaysia, bahasa kesusasteraan dan Bahasa Melayu lama pula sebagai 'daun' manakala Bahasa Izyadi pula adalah 'buah' (hasil)nya. Sekarang, mari kita samba (kembara) ke salah satu contoh perkataan yang diambil atau dicipta dengan bahasa lain. Jom!


1) tadang: diambil dari perkataan 'datang' dalam Bahasa Melayu.

2) armi: dibentuk menggunakan dua perkataan sama maksud dari dua bahasa yang berlainan, iaitu الأَرضُ dari Bahasa Arab dan Bumi atau بومي dari Bahasa Melayu.

3) seridak: atau ridak diambil dari perkataan asal 'radio' dalam Bahasa Inggeris.

4) dengali: diambil dari perkataan 'denglai' dari Bahasa Cina yang bermaksud 'teknologi'.

5) bhasa: diambil dari Bahasa Sanskrit yang juga disebut sebagai 'bhasa' yang bermaksud 'bahasa'.

6) hangpa: diambil dari Bahasa Melayu Kedah yang bermaksud 'awak semua'.

7) bergemerlapan: diambil dari Bahasa Melayu kesusasteraan yang bermaksud 'berkilauan'.

8) Rusung: diambil dari Bahasa Melayu Lama 'rumah pasung' yang membawa maksud 'balai polis' dalam Bahasa Melayu Moden.

9) zazur: kata jati Bahasa Izyadi, yang mana ia dibentuk tanpa mengambil perkataan dari mana-mana bahasa lain. Zazur bermaksud 'kasut'.


Asal-usul


Oh, iya. Tadi kita sudah samba ke sedikit perkataan-perkataan yang ada dalam Bahasa Izyadi. Sekarang mungkin ramai tertanya-tanya; Apakah maksud 'izyadi'? Macam mana pencipta bahasa boleh menamakannya sebagai 'izyadi'? Dan bagaimana ia boleh berlaku?


Sebenarnya, nama Bahasa Izyadi terdiri daripada 3 perkataan, iaitu 'iz', 'ya' dan 'di'.


1) iz: bermaksud 'aman'. Jika 'izwa', maka ia bermaksud 'keselamatan'.

2) ya: bermaksud 'abadi'. Kata lain bagi 'abadi' ialah 'selamanya', 'kekal'.

3) di: bermaksud 'damai'. Jika ditambah menjadi 'dina', maka, 'kedamaian' adalah maksud yang betul bagi Dina. Irdina bermaksud 'harmoni' manakala 'eirdina' pula bermaksud 'keharmotian'.


Kenapa bukan 'izdiya', kenapa 'izyadi'? Bukan ke 'izyadi' tu sepatutnya memberi maksud 'aman abadi damai'? Sebab 'izyadi' telah menjadi kata nama khas. Lagipun, biarlah dengar macam nama lelaki sikit.


Dulu dan Sekarang


Dari segi kemajuan, Bahasa Izyadi dilihat semakin memaju ke hadapan walaupun jumlah bilangan penutur dan penulisnya masih belum mencecah 100 orang. Iyalah, kalau dahulu ia banyak persamaan dengan Bahasa Melayu dari segi tatabahasanya, manakala kini tatabahasanya telah banyak berubah. Contohnya: Kerusi ayah (terjemahan dari Melayu ke Izyadi)


1) Dulu  → Melayu: kerusi ayah

             → Izyadi: kasur abi


2) Sekarang  → Melayu: kerusi ayah

                      → Izyadi: abi kasur


Nombor


Okey, tadi kita sudah membahaskan tentang tulisan, jadi apakata kita samba ke bahagian nombor pula. Maklumat tambahan: nombor dalam Bahasa Izyadi disebut atau ditulis sebagai 'arqam'.


Cara menulis arqam bagi penulisan Bahasa Izyadi adalah sedikit berbeza berbanding nombor Arab-Hindi, Arab-Rumi dan lain-lain. Pada kebiasaannya, setiap arqam yang ditulis mesti bermula dari kiri dan berakhir di sebelah kanan tetapi bagi Ruwiy pula adalah kanan ke kiri atau right-to-left (RTL). Contoh 👇:

1) Ruwiy: ٠ ١ ٢ ٣ ٤ ‏5 6 7 8 9‎

2) Arab-Hindi: ٩ ٨ ٧ ٦ ٥ ٤ ٣ ٢ ١ ٠

3) Arab-Rumi; 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 


Tak faham lagi? Okey, jom saya tunjukkan contoh cara menulis nombor Ruwiy.


1) Melayu  → perkataan: seribu tiga ratus tujuh puluh lima

                 → angka: 1375


2) Izyadi  → perkataan: mijupotirasari

                 → angka: ١‏٣‏7‏5


Sudah faham? Okey, sekarang saya beri hangpa senarai arqam pula.


‎                      Ruwiy | Arab-Hindi | Arab-Rumi

a) rafis:              ٠          | ‌     ٠ ‌‌‌‌         | ‌‌‌         0  

b) sa:                 ١     ‌‌     |       ١          |           1

c) tua:               ٢          |      ٢         |            2

d) tika:             ٣         |       ٣         |            3

e) ampat:         ٤         |        ٤          |            4

f) mila:             5       |         ٥          |            5

g) nam:            6       |         ٦          |            6

h) juhut:           7       |         ٧          |           7

i) napal:           8       |         ٨           |          8

j) milang:         9       |         ٩           | ‌          9

k) sapo:          ١‏٠‎   ‌     |         ‎١٠ ‌‌          |           10


Demikianlah, senarai nombor, jenis tulisan dan sedikit penerangan tentang Bahasa Izyadi.


Kamus Bahasa Izyadi


اونتوق مليهت لبيه لنجوت سناراي ڤركاتاءن اتاو قاموس بهاس ازيدي، تكن ڤد ڤركاتاءن اين اونتوق مليهت قاموس ۏرسي ازجاوي.

Untuk melihat lebih lanjut senarai perkataan atau kamus Bahasa Izyadi, tekan pada perkataan ini untuk melihat kamus versi Izrumi.


Kesimpulan


Kesimpulannya ialah, belajarlah banyak bahasa kerana bahasa itu merupakan salah satu ilmu yang juga menjadi kepentingan untuk dipelajari. Tetapi, dalam masa yang sama, janganlah kita melupakan bahasa diri kerana itu merupakan jiwa kita. Sebagai contoh, belajarlah Bahasa Izyadi tetapi dalam masa yang sama jangan lupa akan Bahasa Melayu, selain ia adalah akar Bahasa Izyadi, ia juga adalah bahasa diri kita sebagai seorang Melayu dan rakyat Malaysia.     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua 😊. Pada hari ini, saya ingin menjelaskan tentang tulisan bagi Bahasa Izyadi . Seperti yang semua sedia maklum, tulisan merupakan satu sistem yang amat penting dalam sesebuah bahasa . Ia merupakan kaedah yang menjadi pengantara bagi sebutan dalam bahasa itu dan bahasa ini atau sebutan dan isyarat. Contohnya, tulisan boleh menjadi kaedah berkomunikasi di antara orang normal dan orang pekak. Sekiranya salah satunya tidak faham, seperti si normal tidak memahami bahasa isyarat yang diucapkan oleh si pekak, si normal boleh bertanya kembali menggunakan bahasa tulisan. Seperti dengan menulis, "Apa yang awak cakap?" Lalu, mereka juga boleh memahami apa yang kita cakap. Di sini, saya bukanlah nak cerita tentang komunikasi di antara orang normal yang tidak faham bahasa isyarat dan juga orang pekak, tapi, saya nak ceritakan tentang tulisan. Macam yang semua tahu, setiap (atau kebanyakan) bahasa mempunyai sistem tulisan yang tersendiri , sama