Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua 😊. Pada hari ini, saya ingin menjelaskan tentang tulisan bagi Bahasa Izyadi . Seperti yang semua sedia maklum, tulisan merupakan satu sistem yang amat penting dalam sesebuah bahasa . Ia merupakan kaedah yang menjadi pengantara bagi sebutan dalam bahasa itu dan bahasa ini atau sebutan dan isyarat. Contohnya, tulisan boleh menjadi kaedah berkomunikasi di antara orang normal dan orang pekak. Sekiranya salah satunya tidak faham, seperti si normal tidak memahami bahasa isyarat yang diucapkan oleh si pekak, si normal boleh bertanya kembali menggunakan bahasa tulisan. Seperti dengan menulis, "Apa yang awak cakap?" Lalu, mereka juga boleh memahami apa yang kita cakap. Di sini, saya bukanlah nak cerita tentang komunikasi di antara orang normal yang tidak faham bahasa isyarat dan juga orang pekak, tapi, saya nak ceritakan tentang tulisan. Macam yang semua tahu, setiap (atau kebanyakan) bahasa mempunyai sistem tulisan yang tersendiri , sama
Bahasa Izyadi atau بهاس ازيدي ( Izyadi Bhasa atau ازيدي بهاس jika dalam Bahasa Izyadi , atau الأزيدية dalam Bahasa Arab ) merupakan sebuah bahasa buatan . Lagi? Korang nak tahu lagi dengan lebih mendalam tentang Bahasa Izyadi? Kalau korang ini pengkaji atau penggemar bahasa, mestilah nak. Kan? Okey, kalau korang nak tahu, Bahasa Izyadi merupakan bahasa buatan yang sangat baru . Kiranya macam dia masih bayilah. Ia mula dicipta sekitar hujung tahun 2021 dan apa yang menariknya ialah ia boleh ditulis menggunakan 3 kaedah/sistem tulisan utama nya, iaitu Ruwiy (ale, bea, jayim, del), Jawi (ابچ) dan Rumi (ABC). Okey, kita 'samba' sebentar kepada tajuk kecil seterusnyA (Ruwiy, Jawi dan Rumi) ya. Tulisan 1. Ruwiy Okey, untuk makluman semua pembaca, Ruwiy ini adalah tulisan utama Izyadi yang pertama di mana ia bermaksud tulisan inilah yang mempunyai jumlah bilangan aksara atau huruf yang lengkap untuk menulis Bahasa Izyadi . Tulisan ini juga mempunyai bilang huruf yang ban